MASYARAKAT MAJMUK

Malaysia yang menjangkau usia 53 tahun merdeka dan 16 September 1963 pencantuman Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak yang pada ketika itu diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman. Kepelbagaian kaum yang cuba diwujudkan dengan pencantuman negara ini adalah berdasarkan kepentingan ras atau bangsa yang sama dan penjajah yang sama dalam kemajmukan masyarakatnya. Kurun ke 19 dan 20 merupakan satu zaman penjajah yang berlaku serentak di Malaysia iaitu melibatkan Tanah Melayu dan Borneo.
            Dalam membentuk transformasi masyarakat majmuk pada kurun ke 19 dan 20 yang dianggap sebagai zaman penjajahan negara barat ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menjadi penyebab kepada berlakunya pelbagai perubahan drastik kepada negara Malaysia pada masa kini dan bukan sahaja kepada struktur bangsanya sahaja tetapi keseluruhan negara. Masyarakat majmuk secara langsung juga menjadikan negara kita mempunyai masyarakat yang mempunyai pelbagai suku bangsa yang besar dan ini menjadikan negara kita berbeza dengan negara-negara lain.
            Keunikan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa ini menjadi model kerana kemakmuran yang dicapai dalam pelbagai etnik di bawah dasar pemerintahan demokrasi berpelembagaan. Walaupun terdapat sedikit masalah komunikasi pelbagai kaum, namun fenomena ini dapat diatasi dan Malaysia sebagai negara berdemokrasi bebas daripada rusuhan perkauman yang melibatkan peperangan hingga menggugat struktur politik, sosial dan ekonominya.                
 1.           KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti.  Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.  Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat 3 bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India, Cina.

 Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.[1]  Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia[2]. Dari segi  politik pula

[1]  Fadzli Adam et al (2006), Jabatan ekologi sosial, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.
[2] Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi pendidikan islam, Utusan Publications & Distributions Sdn bhd. 

1.                  PERBEZAAN MASYARAKAT MAJMUK
4.1       Struktur budaya/agama masyarakat.

            Tanah Melayu yang merupakan sebuah negara yang telah memulakan ajaran agama Islam dalam sistem kerajaan mereka ketika era Kesultanan Melayu Melaka lagi sebagai agama anutan semua masyarakat tempatan Melayu sehingga kemasukan penjajah. Bagi Tanah Melayu yang menjadi pembentuk kepada kemasukan agama Islam secara menyeluruh di Asia Tenggara, kemasukan imigran Cina dan India ini telah memberi impak yang besar kepada agama Islam. Ini kerana Tanah Melayu yang majoriti penduduknya beragama Islam agak sukar menerima kemasukan orang Cina dan India kerana sensiviti masyarakat Islam yang kuat.
            Kampung adalah tempat tinggal utama orang Melayu. Kehidupan mereka mempunyai kawalan sosial yang ketat bagi memastikan norma dan nilai murni masyarakat terjamin.  Unsur kekelurgaan merupakan faktor keselamatan sosial yang utama.  Kesemua orang Melayu menganuti agama Islam.  Justeru, dari masa ke semasa agama Islam kekal sebagai pegangan utama masyarakat Melayu di Tanah Melayu.  Dari segi sambutan perayaan, masyarakt Melayu beragama Islam akan menyambut perayaan seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Nuzul Quran, Maulud Nabi dan Awal Muharram.
            Kedatangan masyarakat Cina yang terdiri daripada pelbagai suku kaum ke Tanah Melayu turut membawa sekali agama dan kepercayaan yang mereka anuti masing-masing.  Antara kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini ialah fahaman Taoisme yang merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.  Selain itu, terdapat juga fahaman yang popular di kalangan masyarakat Cina iaitu fahaman Confusianisme.  Secara umumnya, masyarakat  Cina pula beragama Buddha dan menyambut pelbagai perayaan yang berakar umbi dari negara China.  Antara perayaan tersebut ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, perayaan Ching Ming, perayaan Hantu Lapar dan perayaan Kuih Bulan.
Masyarakat India  dapat dibezakan dari segi asal usul, bahasa, kasta dan agama.  Kebanyakan daripada mereka berasal dari India Selatan dan berbahasa Tamil.  Mereka juga mempunyai loghat, persatuan dan kasta mereka yang tersendiri.  Contohnya, Persatuan Maruthuvar Sangam merupakan persatuan kasta Maruthuvar (tukang gunting rambut).   Kasta-kasta lain seperti Vanniyar, Thevar, Nadar, Yadhavar dan Adhi Dravidar.  Masyarakat India juga menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Kritstian dan Islam.  Namun kebanyakan daripada masyarakat India menganuti agama Hindu dan berbahasa Tamil.  Mereka juga tidak terkecuali menyambut perayaan yang berunsur keagamaan seperti Deepavali, Thaipusam, Sithraparuvam dan Thai Ponggal.
  Berbeza berbanding di Sabah dan Sarawak yang majoritinya adalah masyarakatnya memegang kepercayaan Animisme, dan terdapat juga golongan pribumi yang memeluk agama Kristian dan agama Islam.  . Walaupun agama Islam telah melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak melalui Brunei namun impak kemasukan agama lain ke Sabah dan Sarawak tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Perbezaan yang wujud ini juga menyebabkan mengapa kemasukan orang Cina dan India juga penjajah yang membawa agama mereka tidak ditentang kuat pada kurun ke 19 dan 20 akibat daripada ketiadaan agama yang luas di Sabah dan Sarawak.
Budaya ini juga turut berbeza kerana terdapatnya budaya tersendiri di Sabah dan Sarawak. Masyarakat Kadazan-Dusun yang menjadi masyarakat paling besar di Sabah memegang kepercayaan Animisme.  Sebahagian kecil daripada mereka menganuti agama Islam dan Kristian.  Masyarakat ini amat percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi. Mereka mempunyai beberapa upacara yang disambut seperti pesta menuai untuk meraikan kesyukuran mendapat hasil padi yang banyak dan upacara halau penyakit iaitu popodulik.
Bagi masyarakat Bajau pula kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan upacara-upacara seperti berkhatan, khatam al-Quran, akad nikah dan sebagainya menurut ajaran Islam.  Selain itu mereka juga turut percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu bala yang menimpa jika melanggar peraturan.
Masyarakat Iban masih berpegang kepada ajaran Animisme sejak dari dahulu tetapi apabila British membawa agama Kristian, dapat dilihat sebahagian masyarakat Iban kini beragama Kristian. Mereka juga kuat mempercayai kepada kepercayaan-kepercayaan tertentu seperti jampi serapah untuk menolak bala, mempercayai pantang larang dan mentafsir mimpi.  Mereka pernah terkenal sebagai pemburu kepala, tradisi potong kepala menjadi tradisi masyarakat Iban terhadap musuh mereka dan budaya ini amat terlarang di Tanah Melayu.  

4.2  Adat resam masyarakat

Secara keseluruhannya, setiap bangsa yang terdapat di Malaysia mempunyai adat resam yang tersendiri dan masih diamalkan.  Kita sebagai penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia perlulah menghormati serta memahami segala kepercayaan yang diamalkan oleh setiap kaum.  Setiap kaum mempunyai amalan adat resam yang berbeza seperti upacara majlis kelahiran, perkahwinan dan pengembumian.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat mengambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berasaskan ras-ras seperti adat resam masyarakat Melayu, adat resam masyarakat Cina, adat resam masyarakat India, adat resam masyarakat etnik Sabah, adat resam masyarakat etnik Sarawak dan adat resam masyarakat orang Asli.
Untuk menunjukkan perbezaan adat resam yang dilakukan oleh pelbagai kaum di Malaysia, kita akan lihat dari aspek kelahiran sama ada dalam masyarakat Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan orang Asli.
Dalam aspek kelahiran, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.  Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas kelahiran.  Adat melenggang perut/kirim perut (masyarakat Melayu di bahagian Utara Semenanjung Malaysia)/mandi tian (kebanyakan negeri) dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.  Adat memotong tali pusat dilakukan oleh bidan dengan jampi dan serapah.  Adat pantang pula dilakukan selama empat puluh hari sehingga seratus hari.  Adat mencukur ramput/potong jambul dan adat bersunat juga dilakukan ke atas bayi.
Bagi masyarakat Cina, ibu mertua akan bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.  Mereka juga mementingkan anak lelaki.  Adat berpantang dijalankan selama empat puluh hari, bayi yang mempunyai pusat tenggelam merupakan petanda baik kepada kehidupan bayi tersebut.  Kenduri dijalankan apabila bayi berumur satu bulan dan adat bercukur rambut juga diadakan kerana rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.  Manakala nama bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi Ying dan Yang.
Masyarakat India menjalankan adat Valaikaappu iaitu adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil mencapai usia tujuh atau sembilan bulan. Waktu kelahiran penting bagi masyarakat India, ia akan dicatat untuk menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu.  Semasa memotong tali pusat bayi, sami akan membisikkan mentera Tuhan (Gayatri Mantiran) ke telinga bayi.  Pemberian nama dilakukan apabila bayi berumur enam belas hari, nama yang dipilih berdasarkan almanak yang mengikut tarikh kelahiran bayi.
Masyarakat Kadazan menjalankan adat berpantang bergantung kepada unsur kasta, orang kebanyakan (7 hari), orang berdarjat (21 hari) manakala orang berdarjah tinggi (44 hari).  Suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.  Bayi yang lahir antara satu hari hingga tujuh hari tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah bagi mengelakkan dari diganggu oleh roh jahat/Rogon Gaiya.  Bagi masyarakat Iban pula menjalankan adat berpantang selama 30 hari.
Masyarakat orang Asli dari suku kaum Melayu Asli kebiasaannya menempah seorang bidan dalam tempoh kehamilan dan selepas bersalin.  Apabila kandungan mencapai tujuh bulan upacara melenggang perut dijalankan.  Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh wanita semasa mengandung bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.  Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan, tempat yang dekat dengan bayi ketika dilahirkan dan menurut peristiwa yang berlaku semasa kelahiran bayi.  Jika nama tidak serasi, bayi akan dijual kepada ibu bapa yang baru.
 
.                  PERSAMAAN MASYARAKAT MAJMUK
            Dalam kurun akhir abad ke 19 merupakan saat yang ditempuh oleh Tanah Melayu mengalami satu transformasi kaum yang begitu memberi kesan sehingga ke hari ini iaitu kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Daripada kemasukan ini merupakan punca pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Sebagai penduduk asal di Tanah Melayu telah diketahui umum bahawa orang Melayu adalah golongan asal dan mereka digelar sebagai penduduk pribumi dan begitu juga sebagaimana masyarakat Dusun dan Murut di Sabah, Iban dan Kenyah di Sarawak.

3.1  Struktur Ekonomi.       

            Adalah secara jelas bahawa di Tanah Melayu khususnya terdapat tiga suku kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping penduduk orang asli. Manakala di Sabah dan Sarawak penduduk utamanya ialah masyarakat bumiputera yang terdiri daripada pelbagai suku etnik termasuklah orang pribumi. Di samping itu, kehadiran orang Cina juga jelas dan kini telah menjadi sebahagian besar penduduk di Sabah dan Sarawak.          Daripada catatan sejarah memaparkan bahawa kedatangan dan kemunculan masyarakat majmuk yang membawa persamaan di antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini adalah kerana perkembangan ekonomi. Ini kerana secara jelas kehadiran kaum Cina berlaku secara serius dalam erti kata beramai-ramai dan kemudiannya menetap di Tanah  Melayu disandarkan kepada peristiwa penjumpaan lombong biji timah oleh Long Jaafar di Larut Perak pada tahun 1848.[1]

         Begitu juga halnya dengan negeri Sarawak yang membentuk persamaan masyarakat majmuk seperti Tanah Melayu iaitu kemajuan ekonomi yang di pelopori oleh James Brooke melalui peniagaan gambir, lada hitam dan ubi kayu yang telah di usahakan oleh orang Cina.
Bagi Sabah pula Syarikat Berpiagam Borneo telah membawa masuk orang Cina ke Sabah pada awal abad ke 20 untuk mengusahakan perniagaan yang berorentasikan eksport. Daripada persamaan ekonomi yang pada asalnya sama telah berubah daripada sebelum kegiatan perladangan diperkenalkan ekonomi tradisional merupakan  pendapatan utama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
Kemasukan pengaruh British dan pemodal Cina ini telah membawa juga kepada ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menjadi berkembang namun lebih menguntungkan penjajah daripada penduduk tempatan yang menerima kesan terus tertindas dalam arus ekonomi yang terus menerus menguntungkan penjajah.

3.2    Dasar penjajah.
         Dalam mengulas isu persamaan  kedatangn  kaum Cina dan India di Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu ini ialah kemasukan mereka ke negeri-negeri ini adalah mempunyai struktur kemasukan yang sama iaitu kerana faktor ekonomi seperti di atas. Ini kerana kemasukan penduduk ini ke negeri-negeri ini disebabkan oleh dasar pihak penjajah iaitu tidak akan membantu masyarakat tempatan. Penjajah di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak iaitu berakar umbi kepada British walaupun Sarawak dijajah oleh James Brooke, Sabah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British Berhad namun mereka semua merupakan orang British. Dasar yang diamalkan oleh penjajah ini iaitu tidak akan membantu golongan Bumiputera atau penduduk asal kerana mereka takut golongan ini akan menentang mereka kelak.     

          Walaupun pada dasarnya ketika mula masuk ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mereka berjanji untuk membantu tetapi tujuan mereka adalah mengaut segala sumber asli yang terdapat di dalam negeri ini. Dasar yang diamalkan mereka ini telah menjadikan penyebab kepada penentang kepada penjajah walaupun tempoh yang agak lama wujudnya kesedaran mereka. Dasar penjajah yang tidak akan menonjolkan penduduk asal ini juga menjadi punca mereka terus membawa penghijrahan penduduk dan menyebabkan berlakunya transformasi kaum. Penjajah juga pada masa yang sama cuba melaga-lagakan penduduk asal dengan penduduk yang berhijrah agar tidak akan berlaku penentang kepada mereka. Inilah yang berlaku di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak iaitu sering berlaku pergaduhan antara kaum Bumiputera dengan kaum Cina dan India. Tujuan utama mereka ini juga cuba untuk terus mengaut keuntungan di negara yang dijajah daripada wujudnya semangat nasionalisme penduduk tempatan yang masih cetek pemikirannya.
Dasar yang sama dalam pendidikan ini juga mereka amalkan iaitu hanya memberi pendidikan 3M sahaja kepada penduduk  iaitu sekadar tahu mengeja, membaca dan mengira.[2] Ini kerana penjajah sedar dengan adanya ilmu pengetahuan maka akan wujud penentangan kepada mereka kelak. Daripada dasar ini juga turut diamalkan diketiga-tiga negeri ini sehinggalah wujudnya golongan atasan yang sedar akan motif penjajah ini.

No comments:

Post a Comment