Tuesday 6 December 2011

Teknologi Maklumat Wahana Pendidikan


Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Oleh itu, jelaslah bahawa sumber-sumber percuma di internet seperti blogger dapat membantu golongan guru termasuk saya untuk menambah baik proses p&p yang dirancang dalam bilik darjah.Sebagai contoh penggunaan edu web, blogger dan web lain yang dapat menyalurkan maklumat kepada guru dan murid. Guru boleh mengarahkan murid merujuk satu topik yang akan dibincangkan dalam sumber internet dan guru berbincang bersama murid dalam bilik darjah. Ini meningkatkan impak komunikasi yang tinggi diantara guru dan murid. Selain itu, guru juga boleh mendapatkan bahan bantu yang berkaitan pengajaran menerusi video youtube untuk dipaparkan dalam bilik darjah. Bahan akan lebih menarik dan murid mengikuti p&p dengan seronok kerana dapat melihat tayangan video dan memahami isi pelajaran dengan jelas.